Wednesday, October 20, 2010

Bantuan Kewangan Kepada Penjawat Awam Babitkan RM7j

Kerajaan negeri menimbang memberikan bantuan kewangan kepada penjawat awam sebagai persiapan persekolahan, yang melibatkan peruntukan RM7 juta.

Ia susulan daripada Bajet 2010 yang mana kerajaan Pusat mengumumkan akan memberikan bantuan kewangan (bukan bonus) kepada penjawat awam sebanyak RM500.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata kelmarin, bantuan itu bagi meringankan beban ibu bapa dan mungkin seperti dasar kerajaan Pusat, ia akan membabitkan penjawat awam N54 ke bawah.

Beliau menyatakan perkara itu kepada pemberita selepas bertemu jemaah haji di Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu, kelmarin.

Ahmad Said menjelaskan awalaupun kerajaan terpaksa menanggung kos tambahan kerana bantuan ini, ia dilakukan dengan keyakinan bahawa ibu bapa dapat mengurangkan beban mereka melalui bantuan ini.

No comments:

Post a Comment