Wednesday, October 20, 2010

Berjaya Air Mula Penerbangan Berjadual Changi-Tioman

Berjaya Air Malaysia akan memulakan penerbangan berjadual dari Lapangan Terbang Changi di sini ke Pulau Tioman mulai 1 Nov.

Kumpulan Lapangan Terbang Changi (CAG) semalam berkata syarikat penerbangan itu akan menawarkan 10 penerbangan seminggu ke Pulau Tioman, di perairan Pahang, pada setiap Isnin, Rabu, Jumaat, Sabtu dan Ahad, dari Terminal Penerbangan Tambang Rendah 1.

Mulai Mac tahun depan, selepas musim tengkujuh, syarikat penerangan Malaysia itu akan menambah kekerapan kepada 14 penerbangan seminggu, kata CAG dalam kenyataan semalam.
Syarikat penerbangan itu menawarkan perkhidmatan ke Pulau Redang, di pantai Terengganu, pada bulan yang sama, menerusi 14 penerbangan seminggu.

Kedua-dua pulau itu merupakan rangkaian baharu Changi.

Pada masa ini, Berjaya Air mengendalikan beberapa penerbangan berjadual dari Singapura ke dua pulau itu menerusi Lapangan Terbang Seletar lama.

Berjaya Air merupakan syarikat penerbangan baharu ketujuh yang memulakan operasi ke Changi tahun ini.

Menerusi operasi Berjaya itu, Changi memberi perkhidmatan kepada 98 syarikat penerbangan yang mengendalikan lebih daripada 5,000 penerbangan berjadual setiap minggu yang menghubungkan Singapura ke lebih 200 bandar raya di 60 negara dan kawasan.

No comments:

Post a Comment