Saturday, October 16, 2010

Buat Persiapan Awal Hadapi Banjir

Gerakan Belia 4B (Malaysia) Terengganu sudah menyatakan akan mengeluarkan arahan kepada Pengerusi Persatuan Belia 4B di seluruh kawasan di negeri ini untuk menyediakan gerak tenaga bagi menghadapi kemungkinan banjir tidak lama lagi.

Timbalannya, Mohd Iskandar Jaafar (gambar kanan) berkata, arahan itu untuk memastikan pi-haknya sentiasa berjaga-jaga terhadap bencana tersebut dan mampu menurunkan tenaga sekiranya diperlukan.

“Belia akan menyumbang tenaga untuk membantu mangsa banjir dan turut serta operasi sebagaimana yang telah diselaraskan oleh Majlis Keselamatan di peringkat daerah.

“Biasanya, tidak kurang 40 orang terlibat di setiap kawasan terdiri daripada jawatankuasa dan sukarelawan Belia 4B. Di peringkat negeri, kita hanya memantau,” katanya, semalam.

Beliau berkata, ahli gerakan tersebut biasanya membantu mangsa dengan me-ngangkut barang mereka yang terlibat dengan perpindahan banjir, selain masalah lain memandangkan ahli persatuan di peringkat kawasan lebih mengetahui masalah di kawasan masing-masing.
Sementara itu, orang ramai diminta membuat persiapan awal dengan membersih kawasan rumah masing-masing sebelum musim tengkujuh bagi mengelak penyakit bawaan air.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Dr A Rahman Mokhtar berkata, penjagaan kebersihan dengan memastikan baha-gian bawah rumah bersih dapat mengurangkan risiko penyakit seperti demam kepialu dan cirit-birit.

“Apabila berlaku hujan lebat dan banjir, banyak kawasan akan ditenggelami air, sampah sarap dan bangkai haiwan akan mengundang kepada pencemaran.

“Kalau najis haiwan bertakung akibat longkang tersumbat dan sebagainya, keadaan ini akan terdedah dengan penyakit bawaan air dan mencemari kualiti air,” katanya.

Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya memastikan tiada masalah kebocoran paip dan telaga tidak dilimpahi air banjir.

Dalam masa sama, penjagaan kebersihan perlu dititikberatkan dengan mengamalkan meminum air masak serta memastikan buah-buahan dan sayur-sayuran dibasuh dengan bersih.

Sinar Harian

No comments:

Post a Comment