Lembaga Muzium Negeri Terengganu (LMNT) akan melakukan kerja menggali artifak sejarah di beberapa kawasan baru yang dikenal pasti mempunyai tinggalan purba di Hulu Terengganu.
Pengarahnya Mohd Yusof Abdullah berkata ia termasuk sebuah lagi gua dalam Gua Bewah yang dipercayai banyak mempunyai kesan tinggalan sejarah.
"Gua dalam gua sebenarnya ia dua lapis, satu Gua Bewah dan satu lagi ialah gua yang baru ditemui. Ia terletak 30 kaki di atas Gua Bewah dan penyelidik terpaksa memanjat untuk sampai ke sana," katanya kepada pemberita di sini Rabu.
Mohd Yusof berkata gua yang baru ditemui itu lebih menarik daripada Gua Bewah dan pihak muzium akan mula menjalankan kerja mencari dan menggali artifak sejarah dalam gua itu tidak lama lagi.
Beliau berkata LMNT akan mempamerkan rangka manusia yang ditemui di Gua Bewah.
Mohd Yusof berkata galeri yang ada di muzium negeri akan dinaik taraf bagi menarik lebih ramai pengunjung.
No comments:
Post a Comment