Thursday, October 7, 2010

Terengganu Pro-Asia Cycling Team Nama Baru Pasukan Basikal Terengganu

Ahmad Said mengumumkan nama baru pasukan basikal profesional Terengganu semalam.

Pasukan lumba basikal profesional Terengganu yang dibentuk oleh kerajaan negeri Terengganu akan dinamakan Terengganu Pro-Asia Cycling Team (TPCT).

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said berkata dengan peruntukan awal sebanyak RM1.5 juta, pasukan itu bukan sahaja akan dianggotai oleh pelumba dari Terenggnau, malah turut disertai pelumba profesional dari Jepun, Korea, Thailand dan Taiwan.

"Buat permulaan kita sudah dapat seorang pelumba dari Jepun. Yang lain, seorang masing-masing dari Korea dan Tahiland dan dua pelumba dari Taiwan akan menyusul.

"Sehingga ini kita sudah daftar seramai 14 pelumba pasukan TPCT dengan Kesatuan Basikal Antarabangsa (UCI) untuk membolehkan pasukan itu mengikuti latihan dan seterusnya menyertai pertandingan di peringkat antarabangsa," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco Kerajaan Negeri di Kuala Terengganu semalam.

Turut hadir pada sidang media ialah Exco Sukan, Rozi Mamat dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mazlan Ngah.

Ahmad Said berkata, pasukan itu telahpun menerima tajaan daripada sebuah syarikat dari Korea berjumlah US$250,000 setahun dengan menyediakan basikal serta peralatan, pakaian dan makanan tambahan.

"Kita juga sedang menimbang untuk menerima dua lagi penajaan syarikat dari Korea dan Jepun yang berpangkalan di Singapura," katanya.

Ahmad berkata Terengganu, yang merupakan negeri pertama menubuhkan pasukan basikal profesional, bukan sahaja dijangka terlibat dalam perlumbaan antarabangsa seperti Le Tour de Langkawi (LTdL) tetapi juga menyertai pertandingan di peringkat antarabangsa yang lain.

Beliau berkata, Australia adalah menjadi pilihan untuk pasukan TPCT berlatih di mana pelumba terpaksa mengikuti latihan yang amat ketat dan penuh disiplin.

1 comment:

  1. Hello, Saya Puan Sandra Ovia, wang pemberi pinjaman swasta, adakah anda dalam hutang? Anda memerlukan rangsangan kewangan? pinjaman untuk merancang untuk tahun baru, untuk memenuhi sehingga bil anda, mengembangkan perniagaan anda pada tahun ini dan juga untuk pengubahsuaian rumah anda. Saya memberi pinjaman kepada syarikat-syarikat tempatan, antarabangsa dan juga pada kadar faedah yang sangat rendah sebanyak 2%. Anda boleh menghubungi kami melalui E-mel: (sandraovialoanfirm@gmail.com)
    Anda dipersilakan untuk syarikat pinjaman kami dan kami akan memberikan anda perkhidmatan yang terbaik kami.

    ReplyDelete