Tuesday, October 5, 2010

JPV Rancang 10 Projek Ternakan Untuk Siswazah Tani

Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) mulai tahun ini, akan mewujudkan 10 projek ternakan tahun ini bagi melatih siswazah yang berminat menyertainya.

Menurut Timbalan Ketua Pengarah JPV Datuk Dr Ibrahim Che Embong semalam, program berkenaan akan dilaksanakan menerusi Program Siswazah Tani.

Dr Ibrahim juga menyeru warga jabatan itu yang telah bersara disaran melibatkan diri dalam aktiviti jabatan berkenaan.

Beliau berkata golongan tersebut juga disaran mewujudkan satu syarikat atau koperasi bagi memudahkan mereka melibatkan diri dengan aktiviti atau projek JPV di seluruh negara.

"Warga JPV adalah sumber berharga yang boleh memberi sumbangan kepada jabatan walaupun mereka telah bersara," katanya selepas majlis meraikan persaraan kakitangan JPV Terengganu.

Dr Ibrahim berkata ketika ini, kerajaan banyak mewujudkan projek seperti ternakan dalam merealisasi hasrat untuk menjadi sebuah negara maju pada masa depan.

Katanya, pesara yang berminat boleh mengambil peluang untuk terlibat dalam program ladang lembu satelit, yang kini dilaksanakan JPV di seluruh negara, memandangkan mereka mempunyai kepakaran serta pengalaman dalam bidang berkenaan.

No comments:

Post a Comment