Friday, October 22, 2010

Kerajaan Terengganu Beri Perhatian Kepada Pejabat Agama

Bangunan Jabatan Agama Kemaman

Kerajaan negeri Terengganu merancang mewujudkan pejabat agama di semua daerah di negeri ini menjelang 2015.

Timbalan Pesuruhjaya Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) Mohd Rozali Saleh berkata kerajaan negeri dalam perancangan untuk menaiktaraf pejabat-pejabat agama di negeri ini yang berada dalam keadaan agak ketinggalan berbanding jabatan-jabatan kerajaan yang lain.

"Sesetengah pejabat agama daerah sekarang ini belum ada bangunan sendiri," katanya kepada pemberita selepas program School/Wide Enrichment Model (SEM) sekolah-sekolah menengah agama negeri Terengganu, di Kuala Terengganu semalam.

Beliau berkata antara pejabat agama yang sedang dalam pembinaan pada masa kini ialah di daerah Marang yang menelan belanja RM6 juta dan dijangka siap serta mula beroperasi tahun depan.

Katanya Pejabat Agama Daerah Besut (gambar kanan) pula baru sahaja siap dan dijangka akan beroperasi tidak lagi, manakala di daerah Setiu pula pejabat agamanya akan mula dibina pada tahun depan.

Bagi Pejabat Agama Daerah Kuala Terengganu pula katanya satu bangunan baru akan dibina memandangkan pejabat yang sedia ada pada masa kini tidak lagi dapat menampung kakitangannya yang semakin bertambah.

Sementara itu sebanyak 10 sekolah menengah agama di Terengganu menyertai program tersebut yang antara lain bertujuan untuk menggalakkan kreativiti di kalangan pelajar sesuai dengan hasrat kerajaan.

No comments:

Post a Comment