Polis menahan 12 lelaki dari kawasan Hulu Terengganu dipercayai anggota satu kumpulan pencuri motosikal dalam operasi sejak Jumaat.
Ketua Polis Terengganu Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata, ekoran penahanan mereka yang berumur dalam lingkungan 16 hingga 26 tahun itu, polis telah berjaya merampas enam motosikal, dua rangka motosikal dan satu enjin motosikal yang dipercayai dicuri di sekitar Kuala Terengganu dan Marang.
"Kita masih memburu saki baki kumpulan ini yang kita percayai terlibat dengan lebih 60 kes curi motosikal di dua daerah tersebut sepanjang tahun ini," katanya pada majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran Ibu Pejabat Polis Daerah Marang di Marang semalam.
Mohd Shukri berkata kumpulan sangat cekap menjalankan aktiviti itu dan dikatakan berupaya mampu menghidupkan enjin motosikal dalam masa 40 saat dengan menggunakan alat khas sebelum melarikannya.
No comments:
Post a Comment