Saturday, October 30, 2010

Promosi Pelancongan, Elak Terus Bergantung Hasil Minyak

Pada ketika pembangkang khususnya PAS sedang mempolitikkan Tasik Kenyir akan dibangunkan, Dewan Perdagangan Malaysia China cawangan Terengganu mengambil sikap proaktif apabila mengambil pendekatan mempromosikan industri pelancongan bagi mengelakkan kebergantungan kepada hasil minyak.

Amat jelas mereka menyahut seruan Menteri Besar, datuk Seri Ahmad Said yang kini memberikan tumpuan khusus kepada industri pelancongan negeri pada ketika pergantungan kerajaan kepada hasil minyak negeri semakin berkurangan.

Pengerusinya, Ar Low Wan Cheong berkata, industri pelancongan akan memberikan kesan positif dan membantu pertumbuhan ekonomi kepada negeri ini.

“Sumber minyak pasti akan habis, dan alternatif terbaik untuk terus menjana pendapatan adalah dengan okus ekopelancongan, industri kraf tangan, perusahaan batik dan pelbagai lagi. Namun semuanya harus dipromosikan dengan tujuan memperkenalkan ke seluruh negeri," katanya.

Menurutnya, pelbagai promosi termasuk aktiviti cabaran memancing 2010 yang akan berlangsung pada 2 hingga 5 November ini dijangka mampu menarik perhatian kira-kira 1,000 hingga 2,000 pengunjung seluruh negeri.

“Cabaran memancing adalah antara promosi memperkenalkan agro pelancongan yang semakin mendapat tempat di hati rakyat, walaupun ia kedengaran biasa dan tiada cabaran, tetapi mampu menarik perhatian pengunjung semua peringkat usia,” katanya pada sidang media di Kopitiam First Station, kelmarin.


Wan Cheong berkata, pihaknya mendapat kerjasama Kerajaan Negeri dan apa yang dilakukan mendapat sambutan semua kaum di negeri ini, malah mereka semua boleh menjadi ahli badan itu.

“Ini bukan untuk orang Cina sahaja tetapi untuk semua bangsa. Kami mahu semua bangsa bersama-sama berganding tenaga mencari sumber pendapatan lain dengan memberi penumpuan kepada industri pelancongan.

“Kampung China masih baru dan kami mahu sesiapa yang melawat kawasan itu akan mengingati keistimewaan kampung itu,” katanya.

Menurutnya, setiap peserta perlu membayar yuran pendaftaran RM30 dan hanya boleh membawa satu joran serta satu mata kail, selain tidak dibenarkan menggunakan 'geweng'.

Katanya, pada peringkat permulaan, kira-kira 500 ekor ikan dilepaskan dalam tali air berdekatan Pulau Warisan itu dan bermula malam ini (semalam) jualan pasar ria di sekitar kawasan Kampung China akan beroperasi.

“Kami mahu semua pengunjung mengingati kawasan ini dan hadiah misteri disediakan untuk pemancing yang berjaya mendapat ikan terberat dan teringan serta hanya ikan siakap dikira,” katanya.

No comments:

Post a Comment