Ahmad Said, Norliza Mahmud, Toh dan Wan Hisham melawat Liew Kum di Rumah Pangsa Bukit Kecil 2, Kuala Terengganu semalam. Hadir sama Wan Hisham Wan Salleh (tengah). - gambar ehsan Unitmedia DUN Ladang
Sejumlah RM300,000 telah dikeluarkan melalui Tabung Penyakit Kronik (TPK) bagi membantu anak negeri sejak dilancarkan awal tahun lalu oleh kerajaan negeri.
Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, lima pesakit kronik yang memerlukan perbelanjaan besar bagi menjalani pembedahan dan rawatan telah mendapat manfaat daripadanya.
Beliau meminta masyarakat agar melaporkan kes-kes penyakit kronik yang begitu mendesak kepada kerajaan negeri agar pesakit dapat dibantu melalui TPK.
"Kepada mereka yang tergolong dalam kumpulan yang wajar mendapat bantuan, jangan biar lama sehingga ke tahap yang boleh mengancam nyawa, " katanya.
Beliau menyatakan demikian ketika menziarahi seorang penerima bantuan TPK, Liew Kun, 70, di Rumah Pangsa Bukit Kecil II, Kuala Terengganu, kelmarin (Khamis 28 Oktober 2010).
Beliau dan isteri, Toh Puan Seri Norliza Mahmud meluangkan masa kira-kira sejam melawat Liew Kun yang kini semakin pulih setelah menjalani pembedahan injap jantung Ogos lalu di Hospital Prince Court, Kuala Lumpur.
Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan dan Alam Sekitar, Toh Chin Yaw dan Pegawai Pembangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ladang, Datuk Wan Hisham Wan Salleh.
TPK dilancar untuk membiayai pembedahan pesakit buah pinggang, jantung dan kanser dengan peruntukan RM10 juta dan sejumlah RM10 juta lagi di bawah Tabung Insurans Perubatan dan Kematian yang menyediakan bantuan kemudahan rawatan serta khairat kematian kepada rakyat.
Tabung yang diseragamkan antara portfolio Kebajikan Masyarakat dan Kesihatan ini bagi membolehkan rakyat menerima manfaat daripada perkhidmatan kesihatan dan perlindungan insurans serta khairat kematian.
Ahmad Said turut memberitahu, kerajaan negeri juga telah membina klinik pakar harian yang menyediakan pelbagai khidmat kepakaran seperti pergigian, pengurusan diet dan pemakanan, pembedahan plastik termasuk merawat penyakit-penyakit kronik.
"Klinik yang dinamakan sebagai 'I Heal' itu telah tiga bulan beroperasi di Mid Valley Kuala Lumpur dan akan dirasmikan pada bulan depan di mana Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu memiliki 60 peratus pegangan bernilai RM22 juta dalam pusat perubatan tersebut," katanya.
Sementara itu, Liew ketika ditemui pemberita memberitahu, dia mula mengalami komplikasi penyakit tersebut pada akhir tahun 2008.
"Seluruh tubuh berasa sangat letih, adakalanya sukar bernafas serta terasa agak sakit ketika menelan makanan.
"Saya terpaksa berhenti beberapa kali untuk kerana terlalu penat semasa menaiki anak tangga ke tingkat tiga untuk sampai ke rumah," kata bapa kepada tiga orang anak itu.
Dia yang sebelum ini bekerja sebagai buruh di sektor pembalakan sudah tidak mampu bekerja dan menerima sumbangan RM58,000 daripada kerajaan negeri untuk tujuan pembedahan.

Menteri Besar sebelum itu turut melawat seorang lagi pesakit wanita.
No comments:
Post a Comment