Friday, October 22, 2010

Tahniah UMNO Kemaman...

Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi (kiri) bersalaman dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika kedua-duanya hadir pada perasmian Perhimpunan Agung UMNO ke-61, di Dewan Merdeka PWTC, Kuala Lumpur, 21 Okt.

Bahagian UMNO Kemaman terus mencatat jumlah anggota tertinggi dengan 42,455 ahli, dan daripada segi cawangan, Cawangan Felda Air Tawar 2, Kota Tinggi, Johor masih cawangan yang mempunyai anggota paling ramai.

Ketua UMNO Kemaman ialah Datuk Seri Ahmad Said yang juga Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri dan Menteri Besar Terengganu.

Dari segi keahlian UMNO keseluruhan, jumlahnya ialah 3,528,925 orang sehingga semalam dengan bilangan cawangan sebanyak 20,342 diwujudkan di seluruh negara.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor ketika membentangkan laporan parti pada Perhimpunan Agung UMNO ke-61 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini memaklumkan Johor mencatat bilangan anggota teramai iaitu 493,495 orang.

Tengku Adnan memaklumkan pelbagai cara telah dilaksana bagi memperkasakan UMNO dan memastikan UMN0 terus kukuh, termasuk mengadakan kursus-kursus latihan untuk anggota dari semasa ke semasa dalam semua peringkat.

Sejak persidangan terakhir Umno Oktober tahun lalu, sebanyak 19 kursus
diadakan untuk petugas dalaman ibu pejabat UMNO dan 164 kursus lagi melibatkan
bahagian, penerangan dan latihan telah diadakan, katanya.

Beliau berkata semua Bahagian dan Cawangan UMNO telah diminta untuk
melaksanakan pemilihan keahlian masing-masing bermula 15 Januari hingga 15 April
lalu bagi menentukan kaedah kemasukan anggota UMNO dilakukan dengan telus.

"Bagaimanapun memandangkan berlaku kerumitan dalam proses berkenaan
pihak Jawatankuasa Pengurusan bersetuju untuk menerima sebarang bantahan atau
pembetulan," katanya.

Tengku Adnan berkata selain 2,543 perwakilan, perhimpunan kali ini turut
melibatkan 63 delegasi mewakili 19 parti dari 19 negara, termasuk Bangladesh,
China, Singapura dan Indonesia, dan 54 perwakilan daripada 71 Kelab UMNO Luar
Negara.

Ia juga melibatkan 1,207 wakil media yang membuat liputan, terdiri daripada 56 agensi media cetak dan elektronik, dan 12 daripadanya adalah media dan agensi berita antarabangsa.

No comments:

Post a Comment