Tuesday, October 5, 2010

Tuanku Mizan Rasmi Bangunan Persatuan Anak-anak Terengganu

Tuanku Mizan Zainal Abidin menandatangani plak, tanda perasmian bangunan Persatuan Anak-Anak Terengganu. Turut hadir ialah Datuk Seri Ahmad Said.

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin hari Isnin merasmikan bangunan Persatuan Anak-anak Terengganu di Wilayah Persekutuan dan Selangor (PESAT) di The Strand, Kota Damansara.

Seri Paduka Baginda yang diiringi Menteri Besar Terengganu Datuk sERI Ahmad Said turut berkenan melawat pameran mengenai PESAT di perkarangan bangunan berkenaan.

Ahmad Said dalam ucapannya berkata beliau berharap bangunan rumah kedai empat setengah tingkat bernilai RM4 juta yang dibeli dengan pembiayaan kerajaan negeri itu akan dapat digunakan sebaik mungkin oleh anak-anak Terengganu untuk menjalankan pelbagai aktiviti.

Beliau juga menyeru ahli-ahli PESAT supaya membantu kerajaan Terengganu melicinkan perjalanan pelaksanaan pelbagai program yang telah dirancang untuk kemajuan negeri itu.

"Saya juga percaya pusat ini boleh dijadikan medan untuk kita menjalankan aktiviti-aktiviti ekonomi sebagai usaha untuk menggalakkan pelaburan bertapak di negeri Terenganu," kata beliau.

No comments:

Post a Comment