Sunday, November 7, 2010

Agong Sertai Perlumbaan Kuda Lasak Piala Sultan

Tuanku Mizan Zainal Abidin (kiri) ketika menyertai perlumbaan Piala Sultan Terengganu Endurance Challenge di Lembah Bidong, semalam.

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin mengetuai 68 pelumba termasuk 10 peserta asing pada Kejohanan Kuda Lasak Piala Sultan Terengganu 2010 di Taman Endurance Antarabangsa Terengganu (TIEP) di Lembah Bidong, dekat Kuala Terengganu.

Kejohanan edisi kelima itu dilepaskan oleh Seri Paduka Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah, pada pukul 5.30 petang semalam.

Majlis itu turut dihadiri Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said, Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, Rozi Mamat.

Ahmad Said berkata kejohanan tahunan memacu pembangunan sukan tahan lasak dan meningkatkan tahap kesedaran sukan ekuestrian di kalangan rakyat Malaysia.

Kejohanan dianjurkan bersama oleh kerajaan negeri Terengganu dan Royal Terengganu Endurance Stable (RTES).

Tuanku Mizan memakai jersi No. 9 dengan menunggang kuda bernama VVcoco/2001/Gelding/Uru/40598.

Perlumbaan sejauh 160km dan dijangka mengambil masa antara 10 dan 12 jam itu adalah 10 pelumba asing dari sembilan negara termasuk dari Australia, Chile, Korea, Jepun, Amerika Syarikat, Perancis, Singapura, India, Qatar, Bahrain Indonesia dan Uruguay.

Pasukan Malaysia antara lain diwakili oleh Ar-Raudah Equine Centre, The Langkawi Endurance Stable, Masterscaff Endurance Team, Tengku Mahkota Kelantan Endurance Team dan Perlis TSAB Stable.

Kejohanan lumba kuda lasak Piala Sultan Terengganu Endurance Challenge bermula semalam, dengan disertai 90 penunggang dari 15 negara.

Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, Rozi Mamat berkata, kejohanan kali ini membabitkan perlumbaan sejauh 120 kilometer dalam tempoh 12 jam, yang terbahagi kepada lima fasa.

Beliau menjelaskan, fasa pertama melibatkan tempoh sejam perlumbaan untuk sejauh 30 km, diikuti dua jam untuk 25 km, tiga jam - 20 km, empat jam - 25 km dan lima jam - 20 km.

"Kejohanan akan berakhir hari ini dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang akan disempurnakan oleh Tuanku Nur Zahirah," katanya.

Kejohanan itu menawarkan hadiah keseluruhan bernilai RM126,000 dengan tempat pertama bakal menggondol RM30,000 disusuli RM20,000 (kedua), ketiga (RM15,000), keempat (RM10,000) dan kelima (RM8,000).

No comments:

Post a Comment