Wednesday, November 24, 2010

Ahmad Said - Kerajaan Terengganu Tingkatkan Pelancongan Kesihatan

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said berkata penglibatan kerajaan negeri Terengganu dalam bidang kesihatan bukan sesuatu yang baru.

Ini kerana sehingga kini pihaknya mempunyai tiga pusat perubatan yang masing-masing terletak di Kelana Jaya, Selangor; Kuantan, Pahang dan Kuala Terengganu.

Malah pihaknya sedang melakukan kerja-kerja terakhir bagi sebuah pusat perubatan di Kuantan yang menyediakan 150 katil dengan menelan belanja RM120 juta.

Untuk meningkatkan pelancongan kesihatan di negeri tersebut, pihaknya juga sudah membeli sebuah resort di Kemaman untuk dijadikan pusat perubatan.

"Setiap tahun kerajaan negeri juga menghantar kira-kira 100 pelajar melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan di luar negara.

Kita berharap apabila tamat pengajian, mereka akan kembali berkhidmat di pusat perubatan dalam negara," katanya.

Beliau menyatakan perkara itu kelmarin pada sidang media majlis perasmian Pusat Perubatan iHEAL di Megamall City, MidValley, Kuala Lumpur kelmarin.

Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin berkenan merasmikan itu yang memberikan persekitaran privasi dan eksklusif dengan tumpuan utama menyediakan pusat penjagaan harian.

No comments:

Post a Comment