Wednesday, November 24, 2010

Dr M - Kalau Saya PM, Saya Tunggu Dulu...

DR. Mahathir Mohamad diiringi Ahmad Said bersalaman dengan orang ramai ketika hadir menyampaikan ceramah perdana di Dewan Berlian Kemaman, semalam.

"Kalau saya jadi Perdana Menteri, saya tunggu dulu dan Sarawak tak ada pilihan, di sini (Semenanjung) ada pilihan,"

"Ada banyak masa lagi untuk parti-parti politik berusaha mendapat sokongan termasuk UMNO dan Barisan Nasional," demikian tegas bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad apabila ditanya apakah pilihan raya umum wajar diadakan dalam masa terdekat.

Menurut beliau, belum tiba masanya bagi kerajaan Barisan Nasional (BN) mengadakan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Beliau berkata, dalam hal ini kerajaan tidak perlu tergesa-gesa sebaliknya perlu mengambil masa untuk terus mempersiapkan diri.

Menurutnya, berasaskan perkembangan semasa termasuk merujuk kepada kejayaan BN dalam dua pilihan raya kecil di Parlimen Batu Sapi dan Dewan Undangan Negeri Galas tidak boleh dijadikan kayu pengukur bagi kerajaan membuat keputusan itu.

Beliau memberitahu, kerajaan masih mempunyai banyak masa bagi membolehkan strategi diatur selain memberi peluang untuk mengukuhkan sokongan rakyat agar lebih ramai kembali menyertai BN.

"Kemenangan kita (BN) di sesuatu tempat tak boleh kita jadikan ukuran (sokongan). Faktor kemenangan BN di kawasan itu adakah sama dengan kawasan lain?

''Jadi saya fikir kepimpinan tahu tentang soal ini, mereka perlu buat kajian dan penentuan tarikh (pilihan raya umum)," katanya kepada pemberita selepas melawat Eastern Pasific Industrial Corporation (Epic) Berhad di Kemaman Supply Base di Teluk Kalong, Kuantan semalam.

Mengulas desas-desus bahawa PRU-13 akan dilangsungkan serentak dengan Pilihan Raya Negeri Sarawak awal tahun depan, Dr. Mahathir berpendapat, kerajaan tidak perlu tergesa-gesa untuk mengadakannya.

Ini kerana jelasnya, kerajaan BN masih mempunyai banyak masa bagi membolehkan parti komponen mendapat sebanyak mungkin sokongan sebagai persediaan menghadapi PRU-13 nanti.

No comments:

Post a Comment