Pengarah JKM negeri, Zuhami Omar, berkata mengikut jangkaan
Jabatan Meteorologi, banjir di Terengganu tahun ini lebih besar.Katanya, JKM baru selesai menghantar barang keperluan mangsa banjir terutama di kawasan mudah putus perhubungan seperti di pulau.
Zuhami berkata, JKM membelanjakan RM600,000 untuk menyediakan keperluan awal bagi menghadapi banjir dan jumlah itu akan ditingkatkan mengikut keperluan.
Beliau berkata, pada tahun ini, JKM menyediakan lebih 100 pusat pangkalan hadapan iaitu Kuala Terengganu (tiga), Kemaman (16), Dungun (10), Marang (14), Hulu Terengganu (33), Setiu (22) dan Besut (22).
No comments:
Post a Comment