Jabatan Imigresen Malaysia dalam satu kenyataan berkata kaunter jabatan imigresen dan cawangan di seluruh negara akan ditutup selama tiga hari bermula hari ini sempena sambutan Hari Deepavali.
Menurut kenyataan itu, semua kaunter pejabat imigresen dan cawangan juga tidak beroperasi pada Sabtu dan Ahad bagi negeri-negeri Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Sabah dan Sarawak, serta Kuala Lumpur dan Labuan.
Bagi negeri Terengganu, Kelantan dan Kedah kaunter akan ditutup pada hari ini dan esok tetapi dibuka pada Ahad.
Sementara itu, Presiden MIC Datuk Seri S.Samy Vellu dan ahli-ahli jawatankuasa kerja pusat MIC akan mengadakan rumah terbuka bersempena perayaan Hari Deepavali di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dari pukul 9.30 pagi hingga 2 petang pada Jumaat ini.
Menurut kenyataan ibu pejabat MIC, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin serta anggota jemaah menteri yang lain dijangka hadir pada majlis tersebut.
Orang ramai dijemput hadir ke majlis itu bagi menjayakan gagasan 1Malaysia.
No comments:
Post a Comment