Sukan rakyat seperti tarik upih, bermain congkak, meniup belon, tarik tali dan membaling gelung warna akan memeriahkan Karnival Monsoon Cup 2010 yang dijadual berlangsung di RI-Yaz Heritage Marina Resort & Spa, Pulau Duyong, Kuala Terengganu pada 30 November hingga 5 Disember depan.
Karnival berlangsung selama enam hari itu akan diselangkan selikan dengan acara sukan seperti perlawanan bola sepak dan bola jaring tiga sebelah dengan menjanjikan hadiah lumayan kepada pemenang.
Jurucakap T-Best Events Sdn Bhd (T-Best) berkata, pihaknya sudah merancang pelbagai acara menarik untuk penduduk Terengganu mahupun pengunjung bagi memeriahkan acara bersama pertandingan perlawanan kapal layar itu.
“Penduduk Terengganu dan rakyat di seluruh negara dipelawa hadir memeriahkan acara yang berkonsepkan kekeluargaan sepanjang enam hari berlangsungnya pertandingan. Acara bermula jam 10 pagi hingga 6 petang.
“Semua acara sukaneka atau sukan rakyat diadakan khas untuk mereka yang hadir di RI-Yaz, Pulau Duyong pada masa dan tarikh terbabit sepanjang enam hari itu. Penyertaan adalah percuma,” katanya.
Jurucakap itu berkata, pada malam kemuncak acara ini, pertandingan menyanyi bagi mencari juara Monsoon Cup Idol turut diadakan dengan menampilkan peserta yang dipilih dalam siri jelajah sebelum ini.
“Acara kemuncak ini menampilkan sekurang-kurangnya 14 peserta yang dipilih dalam acara siri jelajah yang diadakan oleh penganjur dan mereka ini akan bersaing sengit bagi merebut hadiah lumayan.
“Selain itu, persembahan beberapa artis tempatan akan diadakan berselang seli pada acara kemuncak itu bagi menghiburkan pengunjung,” katanya.
Pertandingan akhir Kejohanan Kapal Layar Monsoon Cup 2010 di Pulau Duyong pada 30 November hingga 5 Disember depan adalah siri perlumbaan terakhir sirkit Jelajah Perlumbaan Layar Dunia (WMRT).
Sempena acara itu, Unit Joran Berita Harian dengan kerjasama T-Best turut menganjurkan Pertandingan Memancing Pantai di persisiran Pulau Warisan dekat Kuala Terengganu, 4 Disember.
Hadiah keseluruhan sebanyak RM65,500 ditawarkan kepada pemenang dengan juara membawa pulang wang tunai RM30,000, kedua RM15,000; ketiga RM10,000.
Pertanyaan lanjut hubungi Unit Joran: 03- 22822323 sambungan 4240/4241 atau hubungi Pejabat Berita Harian Terengganu: 09- 62263366 atau Umbai: 013-3310166

No comments:
Post a Comment