Gambar Fail - Majlis penyerahan 2 buah van jenazah di perkarangan Wisma Darul Iman disempurnakan oleh Datuk Seri Ahmad Bin Said, Menteri Besar Terengganu 8 November lalu.
Dalam usaha memenuhi tuntutan fardu kifayah, kerajaan Terengganu mengambil langkah proaktif dengan mewujudkan skuad pengurusan jenazah bagi membantu umat Islam di negeri ini dalam soal berkenaan.
Sebagai permulaan skuad itu diwujudkan di Kemaman dan Kuala Terengganu dengan dibantu oleh 40 penuntut Insitut Pengajian Islam (INSPI) di Binjai, Kemaman dan 35 petugas Yayasan Islam di Kuala Terengganu.
Ketua Unit Skuad Pengurusan Jenazah Yayasan Islam Terengganu Ustaz Mohd Bukhari Alwee berkata skuad, yang pertama seumpamanya ditubuhkan oleh kerajaan negeri, di negara ini diwujudkan setelah menyedari khidmat masyarakat dalam soal mengurus dan memandikan jenazah agak kritikal.
"Kita dapati, masyarakat sekarang terlalu sibuk dengan urusan kerja dan harian menyebabkan tidak ramai yang tahu dalam soal pengurusan jenazah.
"Sehubungan itu dengan penubuhan skuad ini, kita mampu memenuhi tuntutan fardu kifayah selain dapat menyatukan masyarakat melalui khidmat ini," katanya pada majlis berkhatan beramai-ramai dan pelancaran Skuad Pengurusan Jenazah di Kemaman, kelamarin.
No comments:
Post a Comment