Beberapa pegawai tinggi kerajaan negeri yang hadir termasuk Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Datuk Mazlan Ngah, Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Razak Ismail serta Timbalan SUK, Datuk Wan Ahamad Wan Muda serta isteri masing-masing.
Ahmad Said dan Yusof bertukar pandangan pada majlis berkenaan yang berlangsung kira-kira dua jam.
Mereka berbincang mengenai isu Islam semasa serta pembangunan negeri Terengganu.
Mereka kemudian bergambar kenangan.
Yusof dan isteri berada di Terengganu selama dua hari dan melawat beberapa tempat menarik selain menikmati makanan tempatan.
Mazlan (dua dari kiri) serta Razak (tiga dari kanan) bergambar dengan Yusof.
Beliau yang gemarkan pantai dan laut, sudah melakukan lawatan sebanyak tiga kali ke Terengganu sebelum ini.
Yusof mengatakan lawatan kali ini bukan terakhir baginya kerana Terengganu bagi Yusof 'sungguh mempesona'.
Bergambar kenangan bersama Yusof dan isteri.
No comments:
Post a Comment