Tuesday, December 14, 2010

Pembinaan Semula Bumbung Stadium Smza Hanya Dilakukan Selepas Semakan

Pembinaan semula bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak, Kuala Terengganu yang runtuh Jun tahun lepas hanya boleh dilakukan setelah semakan intergriti struktur bangunan stadium itu dibuat.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Infrastruktur dan Kemudahan Awam Terengganu Datuk Za'abar Mohd Adib berkata pada waktu ini kerja pembersihan sisa runtuhan bumbung itu yang bermula 26 Julai lepas telah selesai pada 14 Nov.

"Pada masa kini kita berada di peringkat lantikan perunding pakar semakan intergriti struktur bangunan itu sebelum kerja-kerja pembaikian stadium dan pembinaan bangunan baru dilakukan," katanya.

Za'aba berkata demikian pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu ke-12 di Kuala Terengganu, semalam bagi menjawab soalan Alias Razak (PAS-Bukit Tunggal) mengenai kos pembersihan dan baik pulih stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SMZA).

Za'aba berkata pembersihan dan pengeluaran sisa runtuhan struktur bumbung itu dilakukan oleh kontraktor yang dilantik, Azimat Berkat Sdn Bhd tanpa melibatkan kos dan sebagai balasan semua sisa besi itu diberi kepada kontraktor berkenaan.

Beliau berkata kos untuk pembaikian semula struktur bangunan dan bumbung belum dapat dipastikan selagi penilaian dan semakan intergiti bangunan tidak dilakukan.

Bumbung utama stadium SMZA runtuh pada 2 Jun tahun lepas setelah setahun siap dibina.

No comments:

Post a Comment