
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner K Manoharan, berkata seorang daripada lelaki terbabit ditahan di Dungun, manakala dua lagi di Kemaman kira-kira jam 11.50 malam bagi membantu siasatan.
Mereka yang berusia antara 18 dan 26 tahun ditahan bagi membantu siasatan pembunuhan warga Myanmar berusia 35 tahun selepas diserang empat lelaki kira-kira jam 9 malam kelmarin.
“Berdasarkan penahanan itu dan maklumat daripada majikan, kita sudah mengenal pasti identiti keempat-empat suspek dan polis kini menjalankan operasi untuk mengesan mereka,” katanya.
Dalam serangan itu, anak saudara mangsa dan seorang wanita yang berada di tempat kejadian cuba membantu mangsa, namun masing-masing cedera selepas diserang.
No comments:
Post a Comment