Thursday, December 23, 2010

UMT Menang Tempat Ketiga Pertandingan Perniagaan IPT Malaysia

Kumpulan Tiara Enterprise dari Universiti Malaysia Terengganu mendapat tempat ketiga pada Pertandingan Perniagaan Malaysia antara IPT Malaysia 2010.

Kumpulan Usmec dari Universiti Sains Malaysia (USM) memenangi tempat pertama dan tempat kedua ialah Kumpulan Mitec dari UniKL.

Pada majlis penutup pertandingan, Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi Abdul Rahim Md Noor berkata tiada pengalaman dan kurang pendedahan dalam bidang keusahawanan merupakan antara penyebab ramai pelajar lepasan institusi pengajian tinggi kurang berminat menjadi usahawan.

Beliau berkata pendedahan berterusan perlu diberikan kepada pelajar IPT supaya mereka mendapat gambaran dan mengetahui selok-belok perniagaan.

"Jadi apa yang perlu kita buat sekarang ini adalah memberi pendedahan terus kepada pelajar. Kita perlu ajar mereka bagaimana hendak buat pemasaran, bagaimana mereka hendak mendaftar perniagaan mereka dan sebagainya," kelmarin.

Abdul Rahim berkata keluarga juga memainkan peranan yang penting dalam menggalakkan pelajar berminat untuk menceburi bidang perniagaan sekaligus menjadikan ia sebagai kerjaya pilihan.

"Sesetengah keluarga mungkin tidak begitu memberi fokus pada bidang ini. Kita mesti membudayakan keusahawanan di luar kampus," katanya.

No comments:

Post a Comment