Friday, January 21, 2011

BN Sokong Siapa Sahaja Calon BN di Tenang

UMNO Terengganu menyokong sepenuhnya mana-mana calon yang dipilih kepimpinan tertinggi UMNO bagi mewakili Barisan Nasional (BN) bertanding dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, 30 Januari ini.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Seri Ahmad Said berkata, fokus utama yang perlu dimiliki seseorang calon adalah berupaya memberi kemenangan kepada parti dan mampu berkhidmat sebaiknya kepada rakyat.

“Kita perlu pilih calon yang mampu memberi kemenangan kepada parti, bukan sekadar berpengaruh pada peringkat bahagian kerana rakyat yang akan memilih calon yang dirasakan layak untuk memimpin mereka.

“Justeru, calon yang boleh memberi kemenangan kepada parti dan disukai rakyat merupakan kriteria yang perlu diberi keutamaan kerana mereka yang akan berhadapan dengan masyarakat nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai calon BN dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, Mohd Azhar Ibrahim, 39, yang merupakan bekas Penolong Pegawai Daerah Kecil Rengit, dan juga anak kepada bekas ADUN Tenang, Allahyarham Ibrahim Daud.

Dalam perkembangan sama, Ahmad turut menjelaskan bahawa jentera parti dari negeri ini akan dihantar seperti mana beberapa pilihan raya kecil lalu, termasuk menghantar penceramah bermula pada tarikh penamaan calon, esok.

No comments:

Post a Comment