Friday, January 21, 2011

RM3 Juta Kepada Adun BN Untuk Projek Kesejahteraan Rakyat

Kerajaan Terengganu memperuntukkan kira-kira RM3 juta untuk setiap Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) di negeri ini melaksanakan pelbagai projek kesejahteraan rakyat.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said berkata daripada jumlah itu, RM1 juta adalah untuk projek-projek kecil, RM500,000 masing-masing untuk bantuan am dan atap rumah, RM330,000 untuk membina 10 unit rumah baru dan RM200,000 untuk membaik pulih rumah.

"Peruntukan itu ada peningkatan berbanding tahun lalu yang mana untuk projek kecil hanya RM500,000 saja disediakan manakala bantuan am RM400,000," katanya selepas majlis perjumpaan dengan Veteran Umno dan Jasamu Dikenang Parlimen Kuala Nerus, Kuala Terengganu, kelamrin.

Mengenai peranan veteran dalam Umno, Ahmad Said berkata mereka adalah anggota Umno yang setia yang berjuang dengan ikhlas sejak dulu sehingga negara mencapai kemerdekaan.

Katanya mereka dilihat masih mampu menyumbang kepada Umno kerana melalui pengalaman mereka mampu menarik golongan muda terutama anak-cucu mereka untuk menyokong Umno.

"Semangat mereka itu penting. Cuba lihat ada yang datang bertongkat kerana jiwa mereka itu jiwa Umno dan masih sanggup memberi sumbangan kepada parti, kepada negara sehingga mencapai kemerdekaan dan nikmatnya dirasai hari ini," katanya.
Sementara itu, dalam perkembangan lain, UMNO Terengganu memerlukan sokongan dan semangat perjuangan veteran UMNO dalam usaha memperkukuhkan parti yang memperjuangkan rakyat itu.

“Semangat mereka (Veteran UMNO) itu penting. Cuba lihat ada yang datang bertongkat kerana jiwa mereka itu jiwa UMNO dan masih sanggup memberi sumbangan kepada parti dan negara sehingga mencapai kemerdekaan seperti yang dikecap hari ini.

“Malah, mereka juga dilihat masih mampu menyumbang kepada UMNO kerana melalui pengalaman yang dimiliki sebelum ini mampu menarik golongan muda terutama keluarga terdekat seperti anak dan cucu mereka untuk menyokong UMNO,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Mesra Pemimpin Bersama Veteran UMNO Bahagian Kuala Nerus di Dewan Sultan Mizan, Universiti Malaysia Terengganu (UMT), di sini.

Dalam pada itu, Ahmad turut meluangkan masa menyampaikan Anugerah Jasamu Dikenang kepada 20 penerima, terdiri daripada veteran UMNO Bahagian Kuala Nerus dan menyumbangkan lapan buah kerusi roda.

Hadir sama, Ketua UMNO Bahagian Kuala Nerus, Datuk Mohd Nasir Ibrahim Fikri; Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kuala Nerus, Datuk Abdul Rahin Mohd Said; Naib Ketua UMNO Bahagian Kuala Nerus, Hassan Ali; Pengerusi Persatuan Veteran UMNO Negeri Terengganu, Datuk Yahya Hashim dan Ahli Jawatankuasa (AJK) UMNO Bahagian yang lain.

No comments:

Post a Comment