Monday, January 10, 2011

Daerah Kemaman Dan Dungun Pulih, Setiu Masih Banjir

Mohd Irfan Shakirin, 8 (paling kanan) dan Mohd Azri Hakim Daud, 11 (kiri) sibuk bersama rakan-rakan mereka membersihkan kelas dan kasawan sekolah di Sek. Keb. Bukit Tadok, Hulu Terengganu selepas banjir melanda kawasan itu beberapa hari lalu.

Keadaan banjir di daerah Kemaman dan Dungun kembali pulih, bagaimanapun di Setiu keadaanya masih tidak berubah.

Jurucakap Majlis Keselamatan Negara (MKN) negeri berkata seramai 24 orang mangsa di Kemaman dan lapan mangsa di Dungun dibenarkan pulang.

Beliau berkata di Setiu jumlah mangsa banjir yang berada di pusat pemindahan kekal 89orang.

Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) pula melaporkan paras air di semua sungai utama di negeri ini kembali ke tahap normal.

No comments:

Post a Comment