Tuesday, January 11, 2011

Empat Pelumba TCT Sertai Jelajah Negeri Sembilan

Empat pelumba pasukan basikal profesional Terengganu, Terengganu Pro-Asia Cycling (TCT) dipilih memperkukuhkan pasukan Terengganu ke Kejohanan Lumba Basikal Jelajah Negeri Sembilan pada 19 Jan ini.

Ketua jurulatih lumba basikal Terengganu Syed Hussaini Syed Mazlan berkata mereka akan disertai dua pelumba pelapis daripada pasukan Sukma 2012.

"Mereka (pelumba TCT) mempunyai banyak pengalaman dan boleh memimpin pelumba-pelumba muda," katanya ketika dihubungi semalam.

Katanya pelumba-pelumba TCT yang dipilih menyertai pasukan itu ialah Yusrizal Usoff (gambar kiri), Nur Amarul Fakruddin Mazuki, Mohd Shobry Abdullah dan Mohd Khairul Azizi Abdullah.

Pelumba pelapis yang akan diberi pendedahan kejohanan ini ialah Mohd Fahmi Irfan Zainali dan Mohd Faiz Sharifuddin Abdul Kadir.

Syed Hussaini berkata kejohanan selama lima hari itu diadakan dalam tiga peringkat iaitu ujian pasukan sejauh enam kilometer, kretirium 40 kilometer dan lebuh raya 120 kilometer.

No comments:

Post a Comment