Wednesday, January 26, 2011

Pantai Terengganu Terdedah Kepada Kejadian Kenaikan Air Laut Sehingga 1 Feb

Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana di beberapa kawasan di Sabah dijangka berterusan sehingga Ahad ini.

Jabatan Meteorologi dalam kenyataannya hari Selasa berkata kawasan yang terlibat ialah Kudat, Pitas, Kota Marudu, Sandakan, Beluran, Tongod dan Ranau.

"Keadaan ini boleh menyebabkan banjir di kawasan rendah dan berdekatan tebing sungai," kata kenyataan itu.

Sementara itu, angin kencang timur laut selaju 60 km sejam dengan ombak mencapai ketinggian dari 5.5 meter yang kini berlaku di perairan Condore, Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor timur, Labuan, Sabah (Pedalaman, Pantai Barat dan Kudat), Tioman, Samui, Bunguran, Reef North, Layang-layang dan Palawan dijangka berterusan sehingga 1 Feb ini.

Angin kencang timur laut dengan kelajuan 40 hingga 50 kmsj dan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter yang kini berlaku di perairan Sarawak (Kuching, Mukah, Bintulu dan Miri), Reef South dan Sulu juga dijangka berterusan sehingga 1 Feb.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora itu berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk pekerja di pelantar minyak.

Kenyataan itu berkata kawasan pantai Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor timur juga terdedah kepada kejadian kenaikan paras air laut.

No comments:

Post a Comment