Sunday, February 20, 2011

138 Saudara Baru DiRai Sempena Tahun Baru Cina

HADIRIN menyaksikan tarian singa pada majlis Silaturahim Bersama Saudara Muslim sempena Tahun Baru Cina di Losong, Kuala Terengganu, semalam.

Seramai 138 orang mualaf di negeri ini diraikan pada majlis Silaturahim Bersama Saudara Muslim di T'Kafe D'Muara Live Seafood di Losong di Kuala Terengganu, semalam.

Program julung kali diadakan itu dianjurkan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (MAIDAM) Terengganu dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Kebanyakan saudara Muslim itu adalah daripada kaum Cina diikuti India, Thailand, Kemboja, Myanmar serta dari Sabah dan Sarawak.

Tidak ketinggalan kalangan masyarakat Orang Asli dari Sungai Berua, Hulu Terengganu dan penempatan Orang Asli di Besut serta lima tempat lagi yang bakal memeluk Islam.
Program tersebut disempurnakan oleh Ketua Penolong Pengarah Kanan (Dakwah Khas) Jakim, Zainal Abidin Mat Noor serta Ketua Penolong Setiausaha MAIDAM Terengganu, Jusman Ibrahim.

Turut hadir ialah Pengerusi Kompleks Darul Hidayah, Abdul Halim Lim Abdul Rahman.
Majlis itu yang diadakan bersempena sambutan Tahun Baru Cina turut diserikan dengan persembahan tarian naga.

Sejak tahun 1990 hingga sekarang terdapat 2,500 saudara Muslim bermastautin di negeri ini, majoriti adalah mereka yang berasal dari luar Terengganu.

No comments:

Post a Comment