Sunday, February 20, 2011

Jangan Sisih Golongan Veteran - Ahmad Said

Ahmad Said (kiri) berpelukan dengan ahli veteran UMNO, Mustaffa Said di majlis mesra veteran bersama pemimpin di Dewan Tunku Abdul Rahman, kelmarin.

Generasi baru UMNO diminta jangan menyisihkan golongan veteran dalam parti tetapi bekerjasama dengan mereka dalam memantapkan parti itu bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said, berkata golongan muda dalam parti itu perlu mendekatkan diri dengan golongan veteran agar mereka tidak merasa terpinggir.

Ahmad, yang juga Menteri Besar Terengganu, berkata ahli veteran tidak boleh diketepikan kerana parti itu masih mengharapkan undi daripada mereka apabila tiba pilihan raya nanti.

"Jadi kita mahu generasi sekarang bekerjasama berjuang bersama veteran yang mempunyai banyak pengalaman dan kita sesekali jangan sisihkan mereka," katanya ketika majlis 'Mesra Veteran Bersama Pemimpin - Jasamu Dikenang' anjuran Majlis Veteran UMNO Bahagian Kuala Terengganu, di sini, pada Khamis.

Katanya ahli veteran juga dapat mengajak anak serta cucu mereka meneruskan perjuangan UMNO dan sekaligus dapat memberi kebaikan kepada parti.

No comments:

Post a Comment