Wednesday, February 16, 2011

Lebih 800 Guru Di Terengganu Terima e-Book

Lebih 800 guru di negeri ini menerima e-book sebagai alat bantu mengajar secara percuma daripada kerajaan negeri.

Pemberian e-Book itu merupakan pertama kali diagihkan kepada guru khususnya mereka yang terbabit dalam pasukan Angkatan Kerja Rajin Dan Mulia (AKRAM), bidang penyelidikan dan e-pantau di negeri ini.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said ketika berucap pada majlis penyerahan e-Book itu di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Tunggal dekat sini kelmarin berkata kerajaan memperuntukkan hampir RM2 juta bagi membekalkan e-Book kepada guru berkenaan.

"Kerajaan amat berterima kasih kerana dengan usaha guru-guru ini (AKRAM), Terengganu berjaya mengekalkan tempat teratas selama 10 tahun dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan dua tahun dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR)," katanya.

Menteri Besar juga berkata kerajaan negeri akan menghantar seramai 50 guru besar dan 30 pengetua ke luar negara pertengahan tahun ini dalam program lawatan sambil belajar.

Ia bagi menghargai usaha mereka meningkatkan prestasi sekolah masing-masing dalam UPSR dan PMR tahun lalu.

2 comments:

  1. Salam

    anak saudara saya (perempuan) yang belajar di sekolah rendah di Chukai pun ada terima e-book dan dia nampak teruja bila terima hadiah dari kerajaan negeri..tapi selepas 3 hari e-book milik dia tak lagi kelihatan kat rumah...bila di tanya rupa rupanya e-book tersebut telah diambil oleh gurunya kerana terdapat gambar lucah dan tulisan memaki serta mencarut terhadap MB Trg, Datuk Seri Ahmad Said.

    Saya kurang pasti tulisan yang memaki dan mencarut itu dalam format apa kerana saya tak sempat melihat kandungan e-book itu. Tapi apa yang saya pasti ini mungkin kerja pihak yang memasang perisian e-book tersebut kerana anak saudara saya gagal memadamkan gambar serta tulisan tersebut kerana ianya dihalang oleh kekunci.
    Saya berharap pihak kerajaan negeri dan PPD melakukan siasatan. Tak guna diberi tender kepada pihak yang mengigit balik tangan kerajaan negeri.

    ReplyDelete
  2. tkasih di atas maklumat. Akan dipanjangkan kepada pihak berwajib

    ReplyDelete