Tuesday, March 8, 2011

Hantar Segera Borang Cukai Melalui e-Filing: LHDN

Semua pembayar cukai diseru supaya menghantar segera borang nyata cukai pendapatan mereka melalui e-Filing dan tidak menunggu saat akhir bagi mengelakkan kesesakan talian.

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) memaklumkan penghantaran Borang Nyata Cukai Pendapatan Tahun Taksiran 2010 (BNCP 2010) melalui e-Filing bagi individu dan majikan boleh dilakukan mulai 1 Mac.

Perkhidmatan itu boleh dicapai terus melalui laman web e-Filing https://e.hasil.gov.my atau laman web rasmi LHDN www.hasil.gov.my.

LHDN juga menasihatkan pembayar cukai supaya menjelaskan baki cukai pendapatan yang perlu dibayar selewat-lewatnya pada tarikh akhir pengemukaan borang penyata iaitu 30 April bagi mengelakkan sebarang penalti lewat bayar dikenakan.

Sebarang pertanyaan berkaitan dengan hal ehwal percukaian boleh dikemukakan melalui talian telefon ke Pusat Khidmat Pelanggan LHDN di talian 1-300-88-3010 atau e-mel callcentre@hasil.gov.my.

No comments:

Post a Comment