Wednesday, March 30, 2011

Mangsa Banjir Di Terengganu Meningkat 893 Orang

Beberapa kenderaan melalui kawasan yang dinaiki air akibat banjir di Kuala Terengganu semalam

Mangsa banjir kilat di empat daerah di Terengganu meningkat kepada 893 orang daripada 234 keluarga melibatkan 13 buah pusat pemindahan sehingga pukul 5 petang semalam.

Pada 2 petang,seramai 748 mangsa dipindahkan di 10 pusat pemindahan berikutan hujan lebat yang melanda sejak Isnin.

Jurucakap Majlis Keselamatan Negara (MKN) negeri Terengganu ketika dihubungi berkata, daerah Kemaman merupakan paling ramai dipindahkan iaitu 409 mangsa daripada 120 keluarga di tiga pusat pemindahan.

"Seramai 117 mangsa daripada 33 keluarga dipindahkan ke Dewan Sivik Kampung Labohan, 285 mangsa daripada 85 keluarga ke Sekolah Menengah Kebangsaan Kemasik dan tujuh mangsa daripada dua keluarga ditempatkan di Dewan Orang Ramai Kampung Pengkalan Ranggon," katanya semalam.

Katanya di Kuala Terengganu ia melibatkan 226 mangsa daripada 52 keluarga ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Tok Jembal dan 20 mangsa daripada dua keluarga dipindahkan ke Balai Raya Kampung Kubang Ikan di Cendering.

Beliau berkata seramai 208 mangsa daripada 51 keluarga pula dari daerah Marang yang ditempatkan di enam pusat pemindahan iaitu Balai Raya Kampung Kubu dengan lima mangsa daripada satu keluarga dan Sekolah Kebangsaan Padang Mengkuang 27 mangsa daripada enam keluarga.

Tempat-tempat pemindahan lain iaitu di Sekolah Menengah Kebangsaan Seberang Marang (60 mangsa daripada 16 keluarga), Balai Raya Binjai Rendah, (sembilan mangsa melibatkan dua keluarga) dan Dewan Sivik Wakaf Tapai, (sembilan mangsa daripada dua keluarga).

Di Dungun pula, dua pusat pemindahan telah dibuka melibatkan 30 mangsa daripada sembilan keluarga dan sehingga kini tiada kes kemalangan jiwa dilaporkan akibat banjir yang melanda negeri itu.

Sementara itu empat laluan terpaksa ditutup iaitu di KM4 Jalan Batu Putih-Kertih di Kemaman yang ditutup kepada semua kenderaan setelah ditenggelami air sedalam 0.67 meter sepanjang dua kilometer. Jalan KM109 dan KM116 Kuala Terengganu-Kuantan yang masing-masing ditutup sebelah

aluannya dan jalan Kuala Terengganu-Kuala Berang di KM14 Kampung Bukit Payong ditutup kepada kenderaan ringan apabila ditenggelami air sedalam 0.75 meter.

1 comment:

  1. Bala Allah tow...kasi cuci skit bandar t'ganu

    ReplyDelete