Monday, April 11, 2011

Anak Berusia 2 Tahun Maut Terlanggar Kereta Bapa

Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun setengah meninggal dunia setelah dilanggar oleh kereta yang sedang diundur di Batu 21, Jalan Ajil, Hulu Terengganu semalam.

Difahamkan Siti Nurhazwani dilanggar oleh kenderaan pacuan empat roda itu semasa bapanya, Khairul Azahari Abdullah, 46, sedang mengundurkan kenderaan berkenaan di rumahnya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, ACP K. Manoharan berkata, kejadian berlaku pada kira-kira pukul 12.30 tengah hari ketika bapa kanak-kanak itu dikatakan mengundurkan kereta kerana hendak keluar bekerja, apabila tiba-tiba dia terasa seperti terlanggar satu objek keras.

"Dia kemudian keluar daripada kenderaan untuk memeriksa, dan melihat anak bongsunya daripada lapan beradik itu terlentang di belakang kenderaan,” katanya ketika dihubungi di Kuala Terengganu, semalam.

Beliau berkata, kanak-kanak itu kemudian dibawa ke Hospital Hulu Terengganu oleh bapanya, namun disahkan sudah meninggal dunia.

Manoharan berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 304 A Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian akibat cuai.

No comments:

Post a Comment