Mayat pelajar yang lemas ketika mandi di Air Terjun Lata Belatan, di Jabi, Jumaat lalu, dan ditemui petang semalam masih gagal dikeluarkan oleh pasukan penyelamat dari celahan batu.
Timbalan Ketua Polis Daerah Besut, DSP Noor Zainy Mohd. Noor berkata hujan lebat menyukarkan operasi mengeluarkan mayat Muhammad Safawi Mat Hussin, 14.
Katanya, hujan menyebabkan arus air terjun semakin deras dan membahayakan hingga memaksa anggota penyelamat daripada anggota Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan polis menghentikan operasi pada 4 petang semalam.
Muhammad Safawi pelajar Tingkatan Dua Sekolah Menengah Kebangsaan Mengabang Telipot, Kuala Terengganu bersama tujuh anggota keluarganya berkelah di kawasan air terjun itu pada pagi Jumaat.
Pelajar itu dipercayai tergelincir dari bongkah batu dan hanyut dibawa arus kira-kira pukul 11.20 pagi.

No comments:
Post a Comment