Nelayan menyelam memeriksa bot mereka yang tenggelam akibat dihanyutkan arus deras secara tiba-tiba di Kuala Dungun semalam.
Cuaca yang tidak menentu sejak kebelakangan ini menyebabkan ramai nelayan di sekitar Dungun mengalami kerugian apabila banyak peralatan dan bot mereka rosak akibat arus deras luar biasa.
Terbaru, dua buah bot tenggelam dan sebuah pelantar pam pasir hanyut dalam satu kejadian di Sungai Dungun dekat sini awal pagi ini sehingga mengakibatkan kerugian kira-kira RM100,000.
Lebih mengejutkan, kejadian itu berlaku biarpun bot berkenaan telah ditambat menggunakan penunggong iaitu guni berisi pasir seberat kira-kira 1,500 kilogram.
Dalam kejadian sama, turut hanyut adalah tiga buah bot nelayan lain dan dua buah bot fiber namun ia berjaya diselamatkan.
Menurut salah seorang pemilik bot tersebut, Yusuf Saleh, 67, dia terkejut apabila dimaklumkan seorang rakan tentang bot yang digunakan untuk mencari rezeki hanyut sejauh kira-kira 100 meter dari tempat dia berlabuh kira-kira pukul 5.30 pagi.
"Ketika dimaklumkan tentang kejadian itu, saya memang tidak percaya. Apabila pergi ke tempat kejadian, saya mendapati bot itu telah separuh tenggelam.
"Memang rasa sedih sebab itulah satu-satunya bot untuk kami mencari pendapatan," jelasnya.
Tambah Yusuf, dia dan rakannya kini berusaha untuk menunda bot berkenaan biarpun usaha itu dilihat sukar dan jika dapat dilakukan, mereka akan mengalami kerugian besar.
Dalam pada itu, Penolong Pengurus Permas Enterprise yang mengendalikan operasi korek pasir di Kampung Che Lijah dekat sini, Mohd. Zainudin Daud memberitahu, kehilangan pelantar tersebut disedari kira-kira pukul 7.15 pagi.
Ujarnya, dia terpaksa menggunakan bot fiber menyusur sungai sejauh kira-kira dua kilometer sebelum berjaya dan menemui pelantar itu yang tersangkut pada jambatan di Kampung Nibong Stesen.
"Saya hairan bagaimana pelantar yang telah digunakan sejak kira-kira 20 tahun lalu boleh dihanyutkan sedangkan ia telah dilabuhkan bersama lima sauh selain turut diikat pada dua batang pokok besar di tepi sungai.
"Apa yang membimbangkan ia turut mengundang bahaya kerana tersangkut pada kabel elektrik di bawah jambatan itu," katanya. Justeru itu, dia akan berbincang dengan pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk mengambil langkah sewajarnya bagi mengatasi masalah berkenaan.

Utusan Malaysia
No comments:
Post a Comment