Saturday, April 16, 2011

Futsal Sawah Cukup Meriah

Cabaran Futsal Sawah di Kampung Gong Baru, kelmarin merupakan salah satu aktiviti KRT untuk memperkukuhkan kerukunan masyarakat setempat.

Sebilangannya menggelarkan diri mereka sebagai Fernando Torres, Dimitar Berbatov dan Lionel Messi, tetapi mereka beraksi di sawah.

Dengan nama-nama pasukan juga sempena nama-nama kelab terkemuka dunia, penduduk pelbagai peringkat usia beraksi dalam pertandingan Cabaran Futsal Sawah anjuran Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Gong Baru, Gong Tok Nasek dekat, Kuala Terengganu, semlam.

Pertandingan yang menjadi tradisi tahunan itu diadakan di Dataran Urat Halus Sawah Padi, Gong Baru dengan penyertaan 10 pasukan bersaing merebut kejuaraan.

Dalam gelanggang yang becak dan panas terik, aksi-aksi spontan mereka memeriahkan suasana yang kerap mengundang gelak ketawa penonton.

Gelanggang berhampiran dengan tali air itu turut mencabar pihak penganjur apabila perlu terjun ataupun mengait menggunakan galah untuk mendapatkan bola yang terjatuh.

Pengerusi KRT Gong Baru, Gong Tok Nasek, Mohd. Hanafiah Ismali, 48, memberitahu, setiap kali program itu diadakan ia sememangnya mendapat sambutan daripada kalangan belia di kampung tersebut.

Katanya, hadiah keseluruhan bernilai hampir RM1,000 disediakan kepada pemenang dan kali ini penjaring terbanyak, pemain terbaik, penjaga gol terbaik dan pemain harapan juga pulang dengan hadiah.

"Biarpun hadiah tidak lumayan, namun apa yang penting adalah semangat perpaduan dalam kalangan belia di kampung ini dapat dikukuhkan," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui semalam.

Utusan Malaysia

No comments:

Post a Comment