Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom menyambut baik sekiranya benar pihak terbabit dengan isu video seks yang dikatakan membabitkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, ingin bersumpah mubahalah iaitu sumpah laknat.
"Saya tidak tahu mengenai perkara itu, tetapi kalau benar alhamdulillah dan amat dialu-alukan supaya umat Islam dapat penjelasan mengenai kedudukan sebenar.
"Kita juga amat gembira dan bersyukur pada Allah kerana ia mungkin dapat menyelesaikan satu perkara besar yang sekarang membebani fikiran umat Islam," katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur semalam.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas pertanyaan pemberita berhubung khabar angin kononnya ketua pembangkang itu bersama Datuk Trio yang dikatakan terbabit dalam pendedahan video seks tersebut akan mengangkat sumpah laknat dalam masa terdekat.
Selain mekanisme mahkamah dan siasatan polis, salah satu mekanisme dalam Islam ialah angkat sumpah untuk tujuan pembuktian, kata Jamil Khir.
Laporan sebuah akhbar berbahasa Melayu semalam turut menyarankan Ketua Pembangkang itu untuk mengangkat sumpah laknat di hadapan rakyat jelata dan para pengikutnya bahawa pendedahan Datuk Trio itu adalah tidak betul.
No comments:
Post a Comment