Orang ramai diingatkan supaya tidak memiliki, menyimpan, menjual atau membeli telur penyu jenis belimbing kerana ia satu kesalahan di bawah Enakmen Penyu Negeri Terengganu.
Difahamkan, enakmen berkenaan memperuntukkan denda RM5,000 bagi setiap sebiji telur penyu belimbing atau lima tahun penjara, jika sabit kesalahan.
Menurut Pegawai Penyelidik Pusat Penyu dan Ekosistem (Tumec), Nazuki Sulong, hanya telur penyu jenis agar atau karah sahaja yang dibenarkan dijual di pasaran. Beliau menegaskan, sekiranya larangan itu tidak dipatuhi, mereka terbabit boleh dikenakan tindakan tegas di bawah enakmen tersebut.
“Ini bermakna, hanya telur penyu agar dan karah sahaja yang dibenarkan dijual, manakala telur penyu belimbing dilarang sama sekali,” katanya di Kuala Terengganu.
Beliau memberitahu, larangan itu terus dikeluarkan memandangkan terdapat di kalangan orang ramai yang masih keliru mengenai telur penyu yang dibenar dijual di pasaran.
Jelasnya, saiz telur penyu jenis agar dan karah lebih kecil berbanding telur penyu belimbing.
“Saiz telur penyu belimbing sebesar bola tenis, manakala telur penyu agar dan karah lebih kecil (sebesar bola ping pong), kita harap orang ramai dapat membezakannya,” ujarnya.
Nazuki menambah, bagi Terengganu, pihaknya mencapai persetujuan dengan kerajaan negeri untuk menetapkan 70 peratus telur penyu agar dan karah dikutip untuk dieram, manakala 30 peratus lagi boleh dijual.

No comments:
Post a Comment