Kerajaan akan melabur RM110 juta bagi menyokong projek taman herba Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) dengan membina infrastuktur fizikalnya bagi menjadikannya hab industri herba Malaysia.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata ECER, yang telah ditetapkan sebagai pelaksana pembangunan industri herba di bawah Projek Permulaan (EPP) Model Baru Ekonomi (MBE), dijangka menjana Pendapatan Negara Kasar (GNI) berjumlah lebih RM3 bilion menjelang 2020.
Ia turut dijangka mewujudkan lebih 2,500 pekerjaan dan 530 peluang keusahawanan.
"Adalah dijangka bahawa pertumbuahn sektor itu akan menyokong menyandarkan bukan sahaja pada kekukuhan kepelbagaian sumber asli negara ini, malah juga kekukuhan sektor pembuatan kita dengan meningkatkan produk pemprosesan dan pembuatan produk berkaitan kesihatan," katanya.
Beliau berkata demikian pada simposium "Peluang Pelaburan dan Perniagaan di dalam Industri Herba" anjuran Majlis Pembangunan ECER (ECERDC) di Kuala Lumpur, kelmarin.
Satu syarikat peneraju akan dilantik di setiap lokasi taman terpilih, di man dua daripadanya di Dunggun, Terengganu dan yang lain di Lipis Pahang dan Gua Musang, Kelantan.
Ketua Pegawai Eksekutif ECERDC Datuk Jebasingam Issace John berkata kira-kira 10 syarikat telah menunjukkan minat masing-masing untuk menjadi syarikat peneraju di taman berkenaan. Fasa pertama, yang meliputi tanah lebih 406 hektar di Dungun dan 327hektar di Lipis dijangka diselesaikan menjelang suku pertama 2012.
Sementara itu, fasa kedua meliputi pembangunan Ladang Herba di Dungun dan Gua Musang akan dimulakan pada fasa kedua Rancangan Malaysia Ke-sepuluh (RMK10) (2012-2013). Mengenai pembangunan ECER, Issace berkata kerajaan telah memperuntukkan RM575 juta di bawah fasa pertama RMK10 (2010-2011), yang akan digunakan bagi pembangunan di bawah ECER.
"Kira-kira 20 projek masih dalam pelbagai peringkat pembangunan dan kami menjangka 30 lagi akan dibangunkan," katanya.
No comments:
Post a Comment