Thursday, April 14, 2011

Operasi Keluarkan Mayat Mangsa Lemas Di Lata Belantan Dipertingkat

Operasi mengeluarkan mayat Muhammad Safawi Mat Hussin, 14, yang lemas dibawa arus air terjun di Lata Belatan, Jabi Jumaat lepas dipertingkat dengan kekuatan pasukan operasi ditambah kepada 70 orang melibatkan pelbagai agensi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Besut yang juga Ketua Operasi Menyelamat DSP Noor Zainy Mohd Noor berkata laluan air yang laju menyukarkan operasi menarik keluar mayat yang tersangkut pada sebatang kayu dalam sebuah lubang sedalam empat meter.

"Pada masa ini, kami sedang menutup lubang-lubang laluan air di lokasi kejadian dengan kanvas bagi memudahkan pasukan operasi membawa naik mayat yang kini semakin membengkak.

"Jika strategi yang digunakan tidak berhasil, kami bercadang untuk meminta bantuan daripada Syarikat Air Terengganu (Satu) bagi menggunakan saluran PVC untuk mengalihkan laluan air daripada melalui lokasi mayat," katanya ketika ditemui di tempat kejadian semalam.

Dalam kejadian Jumaat lepas, Muhammad Safawi, pelajar Tingkatan Dua, SMK Mengabang Telipot, Kuala Terengganu di bawa arus ke lubang air itu ketika berkelah bersama tujuh anggota keluarganya di kawasan itu kira-kira pukul 11.00 pagi.

No comments:

Post a Comment