Saturday, April 2, 2011

Pelajar Golongan Ketiga Tertinggi Terlibat Kemalangan Elektrik

Pelajar sekolah merupakan kategori ketiga paling tinggi terlibat dalam kemalangan elektrik selepas kontraktor dan mereka yang tidak bekerja, kata Pengurus Besar Kanan (Senggaraan Aset) Bahagian Penghantaran, Tenaga Nasional Berhad (TNB), Ho Peng Choong.

Antara punca utama kemalangan elektrik adalah pemasangan dan senggaraan yang tidak sempurna serta prosedur kerja selamat yang tidak dipatuhi.

Beliau berkata demikian merasmikan Seminar Kesedaran Keselamatan Elektrik 2011 peringkat negeri Terengganu di Sekolah Kebangsaan Sultan Sulaiman 1 di Kuala Terengganu, semalam.

Beliau berharap seminar itu dapat dimanafaatkan oleh peserta terdiri daripada guru dan pelajar yang juga boleh menjadi mata dan telinga TNB bagi memantau dan membantu membanteras perbuatan jenayah dan vandalisme yang boleh mendatangkan pelbagai masalah keselamatan elektrik.

Ho berkata sebanyak 395 kes kemalangan elektrik berlaku di seluruh negara antara tahun 2005 dan 2010, 193 daripadanya melibatkan kehilangan nyawa.

No comments:

Post a Comment