Sebahagian pegawai Petronas dan pengamal media yang menyertai program Petronas Bersama Media Terengganu di Lake Kenyir Resort and Spa, Hulu Terengganu, baru-baru ini.
Petronas Wilayah Timur bersama anak-anak syarikatnya meraikan warga media di negeri ini dalam program selama dua hari di Tasik Kenyir di sini baru-baru ini.
Ia merupakan sebahagian daripada langkah mengeratkan lagi jalinan hubungan antara para pegawai syarikat petroleum nasional itu dengan petugas media.
Tasik itu dipilih sebagai lokasi bagi memberi kesempatan bersama dalam program santai dalam persekitaran alam semulajadi yang belum terusik.
Majlis Petronas Bersama Media itu turut dihadiri oleh Pengurus Besar Kanan Perkhidmatan Korporatnya, Mohd. Medan Abdullah dan Pengurus Besar Petronas Wilayah Pantai Timur, Zulkifli Ismail.
Ketika berucap pada majlis makan malam di Tasik Kenyir Resort, Mohd. Medan menyifatkan jalinan hubungan antara kedua belah pihak penting dalam usaha bersama menyumbang ke arah kesejahteraan rakyat negeri ini.
Program diisi dengan kembara memancing para pegawai kanan Petronas dengan ketua-ketua biro dan pimpinan Kelab Wartawan Terengganu di samping kembara mencari karun dan menyusur pulau-pulau.
No comments:
Post a Comment