Tuesday, May 17, 2011

Ahmad Said Janji Penduduk Desa Dijanji Tanah

Kerajaan negeri berjanji akan memberi ganjaran tanah untuk aktiviti riadah bagi kegunaan penduduk Cina di Taman Seri Desa, Chendering di Kuala Terengganu.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said bagaimanapun berkata, tanah itu kemungkinan akan diwartakan terlebih dahulu sebagai rizab jalan Persekutuan di bawah Seksyen 62, Kanun Tanah Negara 1965.

“Kita faham keperluan penduduk di sini dan kita akan cuba dapatkan tanah bagi membolehkan mereka menjalankan aktiviti harian seperti riadah,” katanya ketika mengadakan lawatan kerja sehari ke Chendering baru-baru ini.

Taman Seri Desa mempunyai kira-kira 100 kediaman dengan bilangan penduduk di antara 400 hingga 500 orang dan sebahagian besarnya terdiri daripada kaum Cina

No comments:

Post a Comment