Tuesday, May 17, 2011

Mandur Maut Disengat Tebuan di Dungun

Seorang mandur ladang kelapa sawit milik Risda maut selepas disengat sekumpulan tebuan semasa sedang menunggang motosikal di Kampung Serdang, di Dungun pagi Isnin.

Mohd Taufiq Jusoh, 26, dari Kampung Batu 48, meninggal dunia semasa dalam perjalanan untuk dibawa ke Hospital Dungun selepas sebahagian badan dan kepalanya disengat dalam kejadian kira-kira pukul 8.15 pagi itu.

Ibunya, Habsah Yusof, 56, berkata Mohd Taufik baru sahaja melapor diri di Pejabat Risda daerah Dungun pagi itu selepas ditukarkan ke daerah itu, dari pejabat Risda daerah Marang.

Beliau berkata sebaik tiba di pejabat itu, beliau difahamkan Mohd Taufik pergi ke ladang berkenaan untuk mencari penyelia ladang, dan ketika dalam perjalanan, dia diserang oleh sekumpulan tebuan.

“Selepas disengat, arwah bertukar arah dan bergegas ke Klinik Kesihatan Kampung Delong kira-kira dua kilometer dari tempat dia disengat,” katanya ketika ditemui pemberita di Hospital Dungun.

No comments:

Post a Comment