Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) melalui Unit Pengurusan Halal Bahagian Penyelidikan hanya mengeluarkan Sijil Pengesahan Halal (SPH) kepada lima buah hotel di daerah Kuala Terengganu dan tiada permohonan yang diterima dari daerah lain.
Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri, Khazan Che Mat berkata, SPH juga turut dikeluarkan kepada tujuh buah resort di seluruh negeri.
Katanya, antara resort berkenaan tiga dari Kuala Terengganu dan masing-masing satu di daerah Kemaman, Besut, Dungun dan Setiu manakala Hulu Terengganu dan Marang tidak ada permohonan yang diterima.
“Bagi restoran pula hanya dua sahaja yang memilik SPH iaitu di Kuala Terengganu dan Kemaman,” katanya kepada Teganukita.
Katanya, umat Islam diingat supaya berhati-hati memilih kedai makan dan tidak mengunjungi restoran yang tidak memiliki SPH kerana kebersihannya adalah diragui.
“Dalam keadaan hari ini banyak restoran dan kedai makan yang menyediakan pelbagai menu pilihan keluarga, namun sebagai orang Islam kita perlu berhati-hati membuat pilihan,” katanya.
No comments:
Post a Comment