Terengganu akan mempromosikan bidang pelancongan di negeri ini melalui acara-acara besar bersesuaian dengan tagline pelancongan yang baru diperkenalkan 'Comel'.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri Datuk Abdul Rahin Mohd Said, berkata kelendar pelancongan negeri ini telah dimulakan dengan pesta mencandat sotong yang dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini.
Menurutnya selepas dilancarkan oleh Perdana Menteri, program mencandat yang telah berlangsung lebih 20 tahun di negeri ini berjaya menarik lebih ramai pelancong dari luar.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Retreat Media 1/2011 Candat Sotong di Pulau Kapas anjuran Unit Komunikasi negeri (UKOM) malam semalam yang disertai kira-kira 20 pengamal media dari pelbagai agensi.
Comel adalah singkatan dari 'Candat Sotong, Monsoon Cup (Piala Monsun), Endurance Challenge dan Leisure'.
Leisure adalah aktiviti larian yang akan diadakan di Pulau Lang Tengah dan Pulau Perhentian.
No comments:
Post a Comment