Menteri Besar disambut penduduk tempatan sempena lawatan dan Mesyuarat Exco di Pulau Perhentian hari ini. Gambar -Harith Fadzillah.
(Berita Awal) Menteri Besar, Datuk Seri Haji Ahmad Said dan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco) menghadiri mesyuarat Exco di Pulau Perhentian petang ini.
Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Haji Mazlan Ngah dan beberapa pegawai kanan kerajaan.
Ahmad Said dan barisan Exco juga akan menghadiri program Pemimpin Bersama Rakyat di Pulau Perhentian pada sebelah malam.
Tinjauan mendapati persiapan peringkat akhir sedang rancak dilakukan penduduk pulau ini bagi menyambut kehadiran Menteri Besar dan rombongan pada sebelah malam.
Unit Komunikasi Negeri
No comments:
Post a Comment