Sunday, May 8, 2011

Penyokong Hadi Awang Tekad Bunuh Politik Anwar?

http://gelombang-rakyat.blogspot.com
Saturday, May 7, 2011

BERPECAH DUA... Krisis dalaman PAS kini semakin jelas kelihatan. Semuanya berlaku sejak kehadiran Anwar dan kroni2 beliau secara tiba2 tampil mencemar perjuangan PAS. Sehinggakan berlakunya politik ugut-mengugut. Desakan dari pihak PAS Pro Erdogan.

Sebenarnya Kumpulan inilah yang cuba mencemar minda totok2 PAS yang berlaku emosi semasa Demonstrasi Video Seks Anwar sehingga menggelar Diktator PKR itu sebagai Khalifah pilihan Ahli Syurga. Namun, tidak sama sekali buat penyokong2 Presiden PAS, Hadi Awang.

Lantas penyokong2 beliau telah memulakan perang saraf menghapuskan pandangan, misi, strategi dan ideologi baru yang cuba dibawa oleh Puak2 Pro Erdogan ini.

Dikatakan pelbagai kempen sulit melalui akar umbi sedang berlegar di dalam PAS pada ketika ini. Mereka mendakwa Hadi Awang kini menerima pelbagai asakan dan ugutan, tidak kurang juga perkara yang sama dilakukan terhadap beberapa orang kanan Hadi Awang termasuklah Ustaz Nasharuddin, Dr. Hasan Ali, Mustafa Ali dan beberapa pemimpin yang lain.

Mereka juga menggunakan kuasa Veto Diktator PAS, Nik Aziz Nik Mat bagi melaksanakan agenda jahat ini. 'Fatwa' terbaru mungkin terpaksa digunapakai. Nik Aziz akan mengeluarkan 'fatwa' bahawasanya Haram bagi mana2 individu yang berahli PAS mengundi puak2 yang menyokong Kerajaan Perpaduan.

Ini adalah agenda jahat yang telah sekian lama disimpan. Namun, sudah tiba masanya ianya dikeluarkan. Penyokong2 Hadi Awang kini akan mengeluarkan beberapa bukti bahawa berlakunya skandal jahat dari Puak Pro Erdogan yang jelas bertentangan dengan dasar perjuangan Islam.

Hadi Awang yang sebelum ini dilihat terpaksa menyokong Anwar akibat ugutan dari pihak puak2 Anwar kini dikatakan merestui hasrat Penyokong2 beliau demi mempertahankan dasar Perjuangan Parti. PAS jelas semakin terpesong sehinggakan Anwar terus disokong 100% tidak melakukan maksiat seperti yang dipaparkan di dalam Video Seks tersebut tanpa sebarang bukti jelas.

No comments:

Post a Comment