Tuesday, May 10, 2011

Polis Diarah Siasat Dakwaan Jadikan Kristian Agama Rasmi

Tunjuk perasaan oleh NGO di Jerteh kelmarin membabitkan beberapa NGO.


Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah diarah untuk menjalankan siasatan terperinci dan memanggil mereka yang terlibat berhubung dakwaan wujudnya usaha pihak tertentu mahu menjadikan Kristian sebagai agama rasmi negara.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, siasatan akan dijalankan secara menyeluruh seperti mana arahan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Katanya, setakat ini polis menerima sembilan laporan mengenai perkara itu iaitu empat di Pulau Pinang, dua di Alor Setar, Kedah dan masing-masing satu di Kuantan (Pahang), Ipoh (Perak) dan Sepang (Selangor).

"Saya telah mendapat makluman dari semasa ke semasa dan ketika ini pihak polis masih melengkapkan siasatan.

"Tumpuan ketika ini adalah untuk menyiasat apakah benar wujud perkara seperti yang dilaporkan dan juga mengenai keputusan pihak akhbar berkenaan yang memainkan isu sensitif seperti ini,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Akhbar Utusan Malaysia baru-baru ini melaporkan mengenai majlis pertemuan tertutup paderi seluruh negara di Pulau Pinang yang antara lain didakwa membawa agenda menjadikan Kristian agama rasmi Persekutuan.

No comments:

Post a Comment